Perjuangan yang akan bermula,
Bukan ditempur dengan darah,
Namun dibekalkan pengorbanan;
masa, usaha, tenaga,

Senjata mu bukannya pedang,
mahupun panahan tajam dari busur,
Tapi ilmu dari Illahi,
Doa terhadap Illahi,
Dan berkat restu Illahi,

Dan ingatlah,
Kubu mu semata-mata,
Hanyalah;
Harapan ayah dan ibu mu,
Harapan keluarga, bangsa dan agama mu,
Juga harapan emas mu,
jangan dipecah kan tembok itu,
dengan kegagalan mu,

Namun,
kejayaan mu,
bukan nya sekeping kertas kelak,
bukan nya kemegahan mu nanti,

kejayaan mu,
adalah;
pada hari sebelum pertempuran,
tika kamu bergembleng usaha,
tika kamu berkorban,
tika kamu menitis air mata,
kerana pernah gagal,

kejayaan mu,
adalah;
pada saat pertempuran,
tika kamu memerah keringat,
dengan segala bekalan,
yang telah dikutip,
cebis demi cebis,
dalam detik hidup mu,

kejayaan mu,
adalah;
tika akhirnya pertempuran,
tika kamu menanti,
di isi dengan tawakal,
pada selembar kain,
di malam hari,
mengadap Illahi.

Untuk itu,
kamu telah pun;
capai impian,
gapai kejayaan,
Kamu telah menang,
melawan pertempuran.

.:didedikasikan kepada adik-adik ku yang sedang dan akan terus berjuang:.

Leave a Reply