Dari kecil lagi, tokwan pernah cakap,

"Hidup biar tidak berduit, tapi kena ikhlas, hidup biar tiada kawan, asal jujur jadi teman."


Apa yang tokwan cakap kan kat aku, banyak benarnya. Kadang kala, dalam mencari kenalan dan nama, kita sanggup mengadakan cerita yang menarik tentang diri kita, supaya orang sekeliling berminat untuk berkawan dengan kita. Kita sanggup menggunakan topeng yang penuh dengan penipuan untuk menutup realiti yang pahit. Namun, tergamakah jiwa kita, hidup dalam diri yang hipokrit?

Aku mengerti, untuk jujur sangatlah susah. Keran
a ada masanya, kejujuran perlu diselindung, dan ada kala nya, kejujuran akan melukakan seseorang. Namun, aku juga faham, yang aku tidak mahu hidup dalam kepura-puraan dan aku tidak mahu berlindung di sebalik topeng. Jadi aku memilih jalan al-Amin. Sekurang-kurang nya mencuba untuk telus dan tiris.


Hakikatnya, disekeliling aku, aku lihat banyak topeng. Topeng yang dibuat oleh manusia. Untuk menjadi diri mereka yang mereka idamkan. Untuk menjadi diri yang mereka fantasikan.

Untuk aku,
Aku puas dengan kejujuran aku yang tidak seberapa, hanyalah sejemput. Tetapi memuaskan hati aku yang kecil, namun besar untuk kuman melapahnya.

Berkatalah benar walaupun ia pahit. Nescaya anda akan berpuas hati untuk membuang topeng.

Leave a Reply