Hak Engkau

Malam yang indah bersama KUMOSC.

Malam musim sejuk yang amat menyejukan, sehinggakan menusuk ke tulang ditempuhi oleh aku dan kawan-kawan. Hanya untuk beramah mesra, menjalinkan hubungan dan mengeratkan silaturahim dengan senior dan rakan-rakan yang berada dalam KUMOSC. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar.

Dalam majlis itu, seorang pemuda mengeluarkan buah pemikiran yang bernas, yang berbenihkan 'hak manusia'.

Sememangnya, kita hidup penuh dengan kekosongan yang perlu diisi. Itulah asas kepada hak kita sebagai seorang manusia, yang memerlukan keperluan asas demi menjalani hidup yang selesa. Pakaian, pendidikan, makanan serta tempat tinggal. Begitu juga dengan pengisian kepada hati yang kosong dengan asas kerohanian.

Antara hak yang paling penting bagi kita adalah privasi. Ada hal tentang diri kita, dimana kita hanya memerlukan untuk diri kita. Seperti aku, hidup aku adalah privasi aku dimana aku ingin mengekalkanya sedikit tersendiri daripada pengetahuan orang. Itu adalah kerana ia hak aku untuk mempunyai ciri tersendiri.

"kawan, seorang yang menjaga maruah kawan nya, bukan membawa buah mulut untuk mengaibkan nya"- untuk teman.

Namun begitu, kita tidak sedar yang diri kita sibuk menganggu hak orang?

p1

Ketenangan Yang Tercebis

I'm proud that I'm MALAYSIAN
Saya anak MALAYSIA

Ketenangan di MALAYSIA, amatlah dirindui. Pantai nya yang berombak mengulik pasir di pantai. Sungai nya terkandung khazanah maritim. Hutannya menyimpan satu rahsia. Tetapi, kerinduan itu amatlah susah terubat. Terutama bila diri ini dinaungi oleh langit Moscow.

Amat menyedihkan, ketenangan di Malaysia tidak dapat ditandingi. Sayu hati melihat bumi Moscow kembali merah. Kemarahan bumiputera Russia telah membara, hanya dicetus, sekali lagi dengan api perkauman, bara agama.



Hati ini bimbang, apabila isu agama di timbulkan lagi. Sengketa agama yang baru sahaja hendak lerai, kini semakin marak malah semakin panas. 11 Disember 2010, Kremlin-Pusat Pemerintahan Persekutuan Russia, digegarkan dengan rusuhan.

Ekoran kematian seorang bumiputera Russia yang dibunuh oleh bangsa minoriti yang disebabkan bergaduh kerana perlawanan bola. Seluruh Muslim Russia menjadi kambing hitam.

Aku melihat alam meliputi ini, baru ku sedar, nikmatnya kehidupan aku yang bergelar seorang Malaysia. Rakan ku dari bangsa lain juga sedar yang mereka bertuah. Di Malaysia, bumiputera dan bukan bumiputera, Islam dan bukan Islam, masih lagi aman, bersatu dan berganding bahu. Masih bersama lagi menghayati lagu-lagu kedamaian, siul-siulan keamanan.

Hanya satu ku berdoa tika ini, moga MALAYSIA kekal aman, moga api perkauman terpadam, moga kemerdakaan yang sudah lama terbenteng, tidak akan dicemari dengan bisikan kehancuran.


Didedikasikan untuk Malam Aspirasi Muzikal Moscow 2010 - Malam Amal

p1

Sejemput Kejujuran



Dari kecil lagi, tokwan pernah cakap,

"Hidup biar tidak berduit, tapi kena ikhlas, hidup biar tiada kawan, asal jujur jadi teman."


Apa yang tokwan cakap kan kat aku, banyak benarnya. Kadang kala, dalam mencari kenalan dan nama, kita sanggup mengadakan cerita yang menarik tentang diri kita, supaya orang sekeliling berminat untuk berkawan dengan kita. Kita sanggup menggunakan topeng yang penuh dengan penipuan untuk menutup realiti yang pahit. Namun, tergamakah jiwa kita, hidup dalam diri yang hipokrit?

Aku mengerti, untuk jujur sangatlah susah. Keran
a ada masanya, kejujuran perlu diselindung, dan ada kala nya, kejujuran akan melukakan seseorang. Namun, aku juga faham, yang aku tidak mahu hidup dalam kepura-puraan dan aku tidak mahu berlindung di sebalik topeng. Jadi aku memilih jalan al-Amin. Sekurang-kurang nya mencuba untuk telus dan tiris.


Hakikatnya, disekeliling aku, aku lihat banyak topeng. Topeng yang dibuat oleh manusia. Untuk menjadi diri mereka yang mereka idamkan. Untuk menjadi diri yang mereka fantasikan.

Untuk aku,
Aku puas dengan kejujuran aku yang tidak seberapa, hanyalah sejemput. Tetapi memuaskan hati aku yang kecil, namun besar untuk kuman melapahnya.

Berkatalah benar walaupun ia pahit. Nescaya anda akan berpuas hati untuk membuang topeng.

p1

Nilai Kebijaksanaan

Teringat ketika kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari pasar.
Abah pernah cakap,

"manusia walaupun bijak tidak semestinya dia bijak, orang walaupun bodoh, dia tetap ada akal"
Itulah antara kata-kata yang pernah abah ucapakan kepada aku. Aku hairan kenapa pernyataan yang sedemikian dilontarkan oleh abah. Pada waktu itu, mungkin dia hanya sekadar ingin menundukkan ego aku yang sentiasa bermegah dengan kejayaan aku.

Namun begitu, ketika berada jauh dari dia, ketika kaki mula melangkah sendiri tanpa ada pimpinan tangan ibu dan abah, baru aku mengerti. Ketika berada dalam kalangan ramai cendekiawan dan bijaksana-bijaksini, aku dapat melihat keangkuhan mereka yang bergelar bijak pandai.


Pada waktu yang sama, aku teringat kepada kawan aku, Adam-seorang sahabat lama. Adam, walaupun dia seorang yang kurang dari akademiknya, tapi dia bukanlah bodoh sampai sanggup meniru di dalam peperiksaan, dia bukanlah bodoh sampai merasakan ilmu yang dia ada sudah cukup, dia bukanlah bodoh untuk bermegah dengan apa yang dia ada. Namun, aku kagum, disebalik kekurangan dia, dia ada akal untuk berusaha meningkatkan ilmu yang dia ada. Dia bergembleng tenaga untuk meningkatkan kemahiran mekanikal nya.

Kini, aku sedar, apa ertinya bijak. Apa guna nya bijak tetapi tidak berakal. Lebih baik menjadi bodoh tetapi tidak jahil. Sekurang-kurangnya, ia adalah yang terbaik untuk diri kita.

Abah mengakhiri kata nya sebelum aku keluar dari kereta,
"Kesilapan orang yang bijak ialah kerana dia merasakan dia itu bijak"
Kata-kata yang Muniey dedikasikan untuk aku:
"Semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita baca, semakin banyak kita tidak tahu"

p1

Untuk adik



Perjuangan yang akan bermula,
Bukan ditempur dengan darah,
Namun dibekalkan pengorbanan;
masa, usaha, tenaga,

Senjata mu bukannya pedang,
mahupun panahan tajam dari busur,
Tapi ilmu dari Illahi,
Doa terhadap Illahi,
Dan berkat restu Illahi,

Dan ingatlah,
Kubu mu semata-mata,
Hanyalah;
Harapan ayah dan ibu mu,
Harapan keluarga, bangsa dan agama mu,
Juga harapan emas mu,
jangan dipecah kan tembok itu,
dengan kegagalan mu,

Namun,
kejayaan mu,
bukan nya sekeping kertas kelak,
bukan nya kemegahan mu nanti,

kejayaan mu,
adalah;
pada hari sebelum pertempuran,
tika kamu bergembleng usaha,
tika kamu berkorban,
tika kamu menitis air mata,
kerana pernah gagal,

kejayaan mu,
adalah;
pada saat pertempuran,
tika kamu memerah keringat,
dengan segala bekalan,
yang telah dikutip,
cebis demi cebis,
dalam detik hidup mu,

kejayaan mu,
adalah;
tika akhirnya pertempuran,
tika kamu menanti,
di isi dengan tawakal,
pada selembar kain,
di malam hari,
mengadap Illahi.

Untuk itu,
kamu telah pun;
capai impian,
gapai kejayaan,
Kamu telah menang,
melawan pertempuran.

.:didedikasikan kepada adik-adik ku yang sedang dan akan terus berjuang:.

p1

Siapa itu siapa?

"Who is KTO"- satu program anjuran senior.
Satu program untuk mengenali siapa, dan tujuan kita diciptakan,
Terima Kasih Daun Keladi,-balshoi spasiba
Merenung keputihan salji, dimana ia bertimbunan setelah ia jatuh dari langit yang luas. Turunnya ia dalam bentuk yang kecil, serpihan kemudian bersatu menjadi longokkan salji yang tebal. Membuat aku berfikir sejenak, buah persoalan yang bermain sejak sekian lama.

Siapakah kita?
Sedar atau tidak, kewujudan kita di atas muka bumi ini adalah satu tempoh ujian untuk kita sendiri. Satu tempoh untuk kita sedar apa kita sebenarnya. Satu persoalan yang abstrak, kerana di sebalik soalan itu, akan ada soalan lain yang bercambah dalam erti kata lain jawapan kepada soalan itu adalah sesuatu yang subjektif:- bergantung atas individu.

Siapakah kita?

Merujuk sumber rujukan yang kukuh;
Kita diciptakan sebagai khalifah.
Kita diciptakan untuk menyembah dia.
Kita diciptakan untuk memakmurkan dunia.


Namun begitu, Siapakah kita?-persoalan untuk diri anda.
.:post ini didedikasi untuk spartivians:.

p1