Posted by SYAHMIHarun in
on
22 - Mar
Assamualaikum.
Lama sudah kalam tidak berbicara, bukan malas yang menghantui, namun buah pemikiran yang banyak belum pasti dapat jadi satu kalimah yang bermanfaat. Tulusnya, senyap itu lebih berharga.
| Perjalanan masa.
Tika ini, 3 tahun sudah daku merantau. Alhamdulillah, perantauan ku di bumi putih ini memberi satu sudut hidup yang baru, satu kanta untuk melihat dunia dalam perspektif berbeza, melihat hidup sebagai satu medan, menoleh mati sebagai satu peringatan.
"Allah 'letak' manusia pada tempat yang terbaik untuk kenal Dia", Dr. Murabbi
Benar, Maha Adil Allah, dengan Maha Bijaksana nya, Dia meletakkan kita semua pada tempat yang terbaik. Dari tangga ke 'syurga' hatta dalam lubang 'neraka' dunia sekalipun, semua itu adalah tarbiyah. Tarbiyah untuk kita mencari Dia, tarbiyah untuk kita kenal kita, tarbiyah untuk kita kenal Pencipta kita. Siapa sangka, menjadi terasing di bumi soviet ini, menjadi landasan tarbiyah untuk aku. KetentuanNya.
|Tarbiyah tanpa henti
Dalam mengharungi hari-hari disini, onak dan duri nya, ada juga tatkala hati ini berat. Sibuk, tohmahan, 'kompleksi' inferior- terhasut ingin keluar dari gerabak. Namun syukur, kerana dalam terbiyah, aku tidak berseorangan. Sahabat-sahabat yang semakin hari semakin membara-bara semangat juang islamnya, buat aku 'cemburu', dan ingin turut serta.
Aku yang kelakar, ingin kejar orang hebat, namun diri masih merangkak. Tetapi aku tidak kejar manusia, aku cuma ingin se'saf' dengan mereka, berlari-lari kepada Illahi. Aku masih ingat akan perkongsian dari Murabbiku dari 61:5
"Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka."
Aku tidak mahu menyeleweng dan diseleweng.
|Harapan
Kini, perpisahan berlaku lagi. Sejujurnya, aku baru sahaja merasai kemanisan bersama al-Kahfi, dan aku sedih untuk berpisah (begitu juga dengan Fitrah). Namun, aku redha. Untuk pastikan saf ini teratur, dan bergerak lebih dinamik, aku redha. Doa daku, untuk kita, al-Kahfi, terus tsabat dalam gerabak ini. Walau tidak bersama selepas ini, yang pasti, destinasi kita satu. Harap kalian jua begitu.
al-Kahfi, Fitrah,
"Seseungguhnya, hati orang beriman itu terikat antara satu sama lain.Semoga kita adalah mereka; selagi mana nadi berdenyut, jangan pernah berhenti dan cuti kerana kita tahu, kita hanya ada dua pilihan, menang atau mati syahid." - sahabatmu
Musafir diri
Berlari-lari kesana kesini
Mencari sesuatu yang pasti
Mengisi jasad membasahi hati
Musafir ini
Menjejaki menyelusuri
Sang wali, si murabbi
Menuntut kitab Illahi
Mengkaji zat abadi
Musafir ini
Melangkah detik
Fajar menyinsing, bintang berkelip
Mengukir amal
Harap diterima nanti
Musafir kini
Membawa diri
Menoktahi kembara ini
Menghadap Illahi, pemilik hakiki.
ash.
ash.
About Me

- SYAHMIHarun
- penulis merupakan seorang insan biasa yang sedang mencari erti kehidupan. Tidak kira perlu mencurahkan selaut air mata demi setitik nilai kehidupan. Itulah manusia, hidup memang sukar~ kenji (^^)~