Setelah sekian lama bercuti dari dunia blog. Kini saya kembali lagi, menerus nukilan untuk mengisi kepuasan diri.

Assalamualaikum w.b.t,


Perjuangan bersama dengan rakan-rakan di dalam menggapai kejayaan di dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang lepas telas berjaya diredah. Onak dan duri, ribut dan taufan, badai dan gelora telah banyak ditepis, ditangkis dan dipecah. Hasil dari usaha dan keringat, kepuasan terlakar melihat kedua orang tua mengukir senyuman, menitiskan air mata kegembiraan, kesyukuran dipanjat apabila keluarga bangga, bangsa disanjung dan agama diangkat martabat.

Namun begitu, perjuangan masih belum selesai. Ada lagi matlamat yang belum dicapai. Ada lagi impian untuk dikejar. Selagi siang masih disinari matahari, selagi malam masih ditemani bintang berkerdipan, selagi jaga dikejutkan dengan seruan Illahi, selagi tidur masih bermimpi, selagi itu perjuangan ini tiada noktah.

Perjuangan kini berubah menjadi satu matlamat yang lebih jelas namun lebih kabur dalam usaha mencarinya. Perjuangan yang bakal memberi seribu satu kelainan, berjutaan pengalaman dan sudah pasti pelbagai cabaran yang pasti menarik. Apa yang dikejar kini, bukanlah sehelai kertas yang bertulis mengenai keputusan cemerlang yang digambarkan dengan abjad A. Namun, apa yang dikejar kini adalah suatu yang abstrak demi pencapaian yang konkrit. Sesuatu yang belum pasti.

Kerana kini, apa yang saya kejar adalah MASA DEPAN YANG BELUM PASTI.

Meneruskan perjuangan di tempat orang untuk berkhidmat demi masyarakat.-kehidupan seorang bakal doktor- :-)

Leave a Reply